Monday, August 28, 2023

Bila hidup jatuh ke bawah

Kehidupan ini selalu begini, datang dan pergi, tidak terlalu lama dan begitu sekejap menyinggah.
 
Ketahuilah, kita manusia yang kuat dan mampu menongkah onak dan duri,ditendang ke kiri dan ke kanan.
 
Jangan la berputus asa atau berduka lara. Yakin lah rezeki untuk kita sentiasa ada, hanya masa belum kunjung tiba.
 
Tuhan mengkabulkan doamu dalam diam, untuk kau hayati di setiap perjalanan hidup ini.
 
Setiap peristiwa yang terjadi merupakan titik tolak mimpimu menjadi realiti.
 
Percaya yang terjadi di garisan waktu hidupmu adalah rencana yang terbaik diberikan.
 
Walau kau menidakkan berulang kali, yakin lah ianya tersembunyi hikmah yang perlu disyukuri.
 
Biar tersungkur ke tanah, bangkit la dengan segenap tenaga tersisa.

-Roha Okane

Wednesday, July 26, 2023

Meh 2

Aku dah cakap kalau masuk kolej atau universiti dan grad dengan gred cukup-cukup makan memang amat membazir. Ini aku menulis dari mata aku sendiri. Orang lain aku tak pasti. 


Sebabnya bila kau grad dengan gred cukup-cukup makan, maknanya kau ni kategori pelajar biasa-biasa atau pelajar yang tidak berminat dengan kos yang dia daftar. Apatah lagi kalau kau tidak bergerak aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sebagainya. Hobi pun kalau tidak  menyumbang pada skill atau hobi yang tidak menjana wang yang ampuh lagi lah akan membazir usia. 


Aku tertanya-tanya kehidupan aku di masa silam. Walaupun pepatah mengatakan, "elok la kamu memandang ke depan berbanding ke belakang". Tapi bagi aku, aku suka memandang ke masa silam supaya aku boleh menghubung kait titik kehidupana semasa dengan masa lalu. Kalau diikutkan, usia muda aku banyak habis untuk perkara yang tidak berfaedah seperti mengejar cinta. Waktu itu, aku selalu beranggapan tiada pasangan bermaksud sunyi dan tidak "hidup".


Sejak aku cuba menggunakan lensa yang berbeza untuk melihat kehidupan di muka bumi ini, terlalu banyak perkara yang aku terlalu ambil berat dan ambil lewa ketika aku di usia muda. Betapa jumudnya aku dan dangkal pemikiran dan selalu berfikiran seperti dunia ini berkisar tentang aku dan dunia aku sahaja. 

Monday, July 24, 2023

Uarkan

Begitu banyak manusia termasuk aku yang suka uar-uarkan next movement yang belum pasti. Apabila kita bertindak begitu, minda akan menyangka bahawa matlamat yang kita tulis telah terlaksana. Walhal ia adalah sebaliknya. 


Oleh itu, kalau kita terlalu mahu uar-uarkan juga, maka terima la natijahnya. Mungkin kita boleh menggunapakai kaedah seperti - menulis semuanya di dalam jurnal berserta langkah-langkah yang perlu diambil. 


Jika kau gagal mencapainya at least kau tidak berasa malu. 

 

Friday, July 21, 2023

Membosankan

Sometimes i am wondering what would happened after we are die? Are we still living in fear like we do in  earth?. I keep wondering what is my purposes in this world? So many mistakes I made until I questioning my sanity during doing nasty things. I hope I can undo my actions and live like a normal person does. 


Why we live? if a person surrounding herself/himself with wasting actions, do they create a better life afterlife? I don't know how to narrate this, but i can not stop thinking about a human and a universe. 


Maksud aku disini adalah, kalau sepanjang hidup kau bergelumang dengan aktiviti yang tidak berfaedah, adakah kau akan gembira di waktu tua nanti? Aku assume aku hidup sampai umur 50 tahun. Sekarang, umur aku 36 tahun, masih ada baki sebanyak 14 tahun. Sepanjang 14 tahun tu, aku kena buat apa supaya aku tak melarat waktu tua nanti?


Ada orang yang sebaya dengan aku dah keliling satu dunia. Sudah merasa designer bag. Sudah berada dalam golongan T20. Adakah sampai tua nanti memang aku takdirnya tidak merasa perkara-perkara ini semua?


Dan seperkara lagi adalah IG. Sekian lama aku melawat IG, semakin aku pening dan kita seolah berlumba sesama sendiri siapa yang ada cool lifestyle atau cool items dalam rumah. Akhirnya duit dalam poket jadi RM0. Semakin lama, semakin penat. Aku masih tercari-cari tujuan sebenar platform IG ni. Sebab aku tahu surface realiti dengan bukan realiti tidak sama. Sama macam dalam filem Inception (2010) mimpi dalam mimpi dalam mimpi. Multiple layers of dreams. Sampai akhirnya kita sendiri tidak pasti mana yang real dan mana yang tidak real. 


Lagi satu, kalau semuanya sama seolah hidup kita atau style kita ni seperti "cookie cutter". Sama seperti tiada identiti sendiri. Mahu diterima orang lain lalu tidak menjadi diri sendiri. Patut la zaman sekarang ramai yang fake dan mengalami masalah tekanan jiwa. Untuk berada dalam kelompok "mereka" kita perlu menjadi seperti mereka?menyesuaikan diri supaya menjadi seperti "mereka". 


Monday, July 17, 2023

How to change ?

How you going to change your little world?

With a little or huge discomfort might upset you, what else you can do to live a better life?

World is changing rapidly, we cannot stay the same. Every year, same shits happened and slowly controlling your mind and action. 

IG already eat me, causing spending instantly without thinking the needs of having the items and accumulated till it take its tool on me. 
Only left 3 months as my contract ends in November '23. Will see how it will be ends. At the same time struggling paying debt and the interest is no joke. Deserve me right!. 

Hope it can be back on track ! . Hopefully yo. 


Monday, January 30, 2023

Feeling meh

How to breakthrough? I asked myself repeatedly, day by day, night by night. Walking, before closing my eyes to sleep, commuting to workplace. Then, my mind went blank with zero answer. 

To be honest, I'm in the phase - no longer interested with my current work. Repeating the same tasks from Monday to Friday makes me drained. Its consuming my energy and I become weak every time I reached home. No longer fascinating me anymore. I work solely for ends meet. But the company paid with decent payment that I could not resist. Staying longer than I planned before. 

I think the God gives me "honeymoon space" so that I could figure it out what is the best for me and my life. Maybe taking a new course, or upgrading my skill for future benefits. The more I studies about me I saw that I am the person who waits for the opportunity rather than seeking the opportunity. 

My heart keeps yelling from the inside. Feeling miserable recently due to repeating mistakes and sins I made leads to question, "How to reborn again?". Being a cat? Licking fur and sun bathing with no worries lingering. 

Being a human, you have need to know what you want and people cannot decide your life path. It is totally your life, your drama, your book. You cannot depending onto someone else in creating your story. You have to make it your own. Plus, you need to be a survivor keep on fighting. You deserve this world. - Bangkit. <3 



Friday, September 23, 2022

Feeling lost and liberate sometimes

Sometimes I don’t know how to react on  those feelings. The feelings that I kept inside for years seems floating the surface.

I lost in my own emotions. Sadness, joy and a bit jealousy combining themselves and lingering in my minds for days now.

My mistake for choose to meet you last week. I should take a step behind. The fear of wanting you keep myself grounded. But, I’m pretty sure only me having this kind of attraction not you.

I wouldn't brave enough to expose the feelings because afraid of not good enough to pouring you with the loves. I’m glad that you have found the better half of you.

But, what kind of relationship that we have now? 

Tuesday, September 20, 2022

Adakah kita salah untuk memilih?

Bagi aku kita tidak seharusnya malu untuk memilih. Memilih kerjaya, memilih pasangan, memilih jurusan, memilih untuk senyap bahkan bisu sekalipun atau memilih menjadi orang yang banyak mulut.

Sebabnya, aku dapati kalau kau tidak memilih, kau akan jadi seperti rumput liar yang sekadar meniru lenggok rakan sebelahnya. Yang membezakan hanya lah sama ada kau hijau muda, hijau tua, atau mereput dimamah usia.

Paling aku kesali adalah aku tidak berani membuat pilihan. Hanya menerima apa yang disuakan ke muka. Lalu, pada usia matang begini aku jadi buntu dengan kehidupan aku yang flat.

Aku memetik satu ayat dari buku Mark Mason (The Subtle Art of Not Giving a Fuck), dia menulis; memilih untuk tidak membuat pilihan adalah merupakan membuat pilihan. Sebenarnya, kita membuat pilihan hampir setiap masa dan waktu.

Jadi, aku anggap setiap pilihan yang kita ambil, akan memberi impak kepada hidup seharian. Kat sini aku bagi contoh; memilih untuk tidak bangun solat subuh adalah merupakan pilihan yang mana natijahnya kau mungkin rasa hidup kau kosong.

At least, bila kau memilih kau tidak akan menjadi kesal di kemudian hari. Memilih untuk menjadi seorang picky adalah tidak salah. 

Monday, September 19, 2022

Hidup 3 series yang tak optimum

Ketika ini aku asyik dan ralit melihat kehidupan aku yang lalu. Menghitung kesilapan dan jalan salah yang aku pilih. Waktu itu soalan seperti “Kehidupan apa yang aku ada?”, “sisa apa lagi yang masih tinggal buat aku  untuk kekal hidup?”. Sesungguhnya peristiwa itu meninggalkan azab yang nyata sehingga aku berumur 35 tahun. Aku assume aku jenis perempuan lemah kerana setakat hati dirobek-robek dengan kekasih gemuk pun boleh jatuh tersungkur. Aku tak tahu apa yang aku fikir. Exam period hanya untuk menanggis meratapi kisah hidup. *Sigh*. Sedangkan dunia di luar "bubble" aku adalah luas. Hidup ini sebenarnya panjang tapi aku memilih untuk membuat pembaziran waktu lalu menyebabkan hidup aku jadi singkat. 

Age aku 24 tahun aku tak pergi pun majlis konvo sebab pointer aku ngam-ngam paras hidung. Aku terus apply kerja dengan pointer yang aku perolehi. Rasa macam aku bazir masa 4 tahun. Itu belum lagi dengan tenaga dan wang ringgit yang terbuang. Setiap masa extended sem dan ambil repeat paper. Lemah betul aku. Sepatutnya sebelum umur aku cecah 28 tahun, aku keluar dari zon kerja selesa aku as call centre agent. Aku bukan pandang rendah dengan kerja ini. Tapi, jujur aku rasakan bidang ini tidak menjanjikan career movement yang padu dan kau selalu dipandang rendah macam ni "la CS je". 

Jumaat lepas, aku jumpa sekejap crush aku. Aku tengok kehidupan dia maju kedepan. Aku je yang masih di takuk yang lama. Lepas tu balik rumah menangisi kehidupan diri. Ya, sememangnya aku sangatla cemburu dengan dia. 

Entah la, aku tak tahu nak buat apa dengan kehidupan aku. Rasa meluat dengan kerja hakiki pun ya jugak sekarang ni sebab stucked kat stage yang sama. Takde kenaikan atau pun ditransfer ke jabatan lain. Aku tidak la mahu mereput dengan jawatan kerja yang sama tanpa ada perkembangan sel-sel otak. Yang aku hanya nampak lemak-lemak perut je yang berkembang dengan jayanya. 

Kalau aku lihat dari sudut lain, aku berangapan mungkin Tuhan beri aku masa untuk cuba belajar perkara lain. Kalau call centre kat bank (tempat kerja lama aku), kau memang tiada masa untuk diri sendiri. Celik mata terus fikir kes atau masalah pelanggan. Energy aku drained, shift rotation yang meletihkan. Aku rasa kalau aku masih dengan company lama, mungkin aku tak jadi manusia. 

Kesimpulannya, aku yang bertanggungjawab dengan segala pilihan hidup yang aku ambil. Bukan orang lain, Walupun ada sesentengah perkara itu di luar bidang kuasa aku. Ya aku yang bertanggungjawab dengan pilihan dan emosi yang aku pilih. 

Sekian.



Wednesday, April 6, 2022

TIADA TAJUK

 Aku syak manusia bekerja untuk survival. Lagi-lagi zaman covid ni. Aku tak rasa orang bekerja suka demgan kerja yang dia buat. Aku rasa boleh kira dengan jari manusia yang benar-benar suka dengan kerja yang dia lakukan. 


Aku sekarang mahu muntah sebab terlalu lama di bidang ini. July 2011 - present year, Apr; so total 10 tahun. Entah apa aku buat sepanjang 10 tahun. KWSP aku pun tak cecah RM100K apatah lagi ASB savings aku. Yang pasti hutang kad kredit dan hutang rumah kekal seperti biasa. Hutang kad yang rancak naik dengan tangan gatal yang suka tekan-tekan entah apa barang. 


Jika aku belajar 4 flat, mungkin kita boleh meneruskan impian masa sekolah kan. Alangkah bagus ada mesin masa, supaya aku boleh kembali ke zaman sekolah dan terus memaki diri supaya tidak buat perkara bodoh dan bertahan dengan segala jenis tekanan untuk berjaya. Tetapi aku lemah, mudah dibawa arus. Sesal dan kita memang tidak boleh patah kembali. 


Jadi pada hari ini, aku akan buat kerja rutin sampai rasa nak muntah dan mungkin rasa meluat dengan dunia. Tetapi manusia lain akan marah jika kita terlalu ikut arus kehidupan dan kau seolah tidak berlakon sebagai pilot kehidupan kau. Yang pasti, aku dah tak boleh go on dengan semua ini. 

Wednesday, March 23, 2022

LARI

Aku kadang kala selalu lari dari alam realiti. 
Layan drama atau animasi untuk keluar dari situ. 
Fikiran akan melayang ke awangan, bila melihat aktor yang kacak lagi segak.
Bukan la aku gatal. Tetapi ianya aku anggap sebagai jalan keluar dari keserabutan di minda. 

Tentang masa depan, yang masih samar dan belum pasti akan kejadiannya. 
Sama ada aku akan tertoreh sendiri atau tidak dengan takdir yang tidak dapat aku teka. 
Lagi 5 tahun sebelum umur datang ke 40 tahun. 

Kadang kala, mata merenung ke luar jendela atau memandang ke atas siling.
Berkira-kira hidup ini tentang kejahatan atau kebaikan semata. 
Kalau kebaikan, kenapa harus ada manusia yang jahat? yang rakus? ianya sama seperti Dr Jekyll & Mr.Hyde. 

Dalam diri kita, aku kira kita ada 2 personaliti; jahat dan baik. 
Kalau tidak, kenapa ada syurga dan neraka bukan?

Yang baik, mustahil tidak pernah jahat. Yang jahat, tidak mungkin tiada sekelumit kebaikan.Adakah kita terlalu cepat dan suka menilai?
Aku pun kadang-kadang begitu.

Kalau dilihat dari perspektif luar diri, yang sebenarnya, kehidupan ini adalah tentang perlumbaan. 
Berlumba untuk menjadi yang utama dan berkuasa, 
Berlumba untuk menjadi ada segalanya. 
Berlumba untuk menjadi yang .... entah kau boleh sambung sendiri aku kira. 

Perkara yang aku aneh dengan hidup ini, kehidupan kita ini seperti auto pilot. Celik mata, membanting tenaga untuk mencari rezeki di awal pagi dan kemudian balik ke rumah setelah habis waktu bekerja. 
Kitaran yang sama setiap hari. 7 hari seminggu. Mungkin sebulan dan setahun dan sampai kau pencen tiada kudrat. 

Realitinya, majoriti antara kita mahu lepas dari jaringan ini dan mahu mula jalani sesuatu yang kita idamkan sejak sekian lama. 

Tapi mungkin ada tangan halus yang menghalang, ketakutan untuk gagal, atau wang yang tidak banyak. Jadi, kita duduk saja dan mereput sambil memeluk erat impian-impian itu sampai ke kubur. Atau, kita lukis dan tulis di buku dan dilupakan begitu saja. 

Hidup seorang dewasa kadang-kadang tidak sama sekali menyeronokkan. Bukan bermakna aku tidak suka menjadi dewasa. 

-Sekian
Roha Okane adalah manusia suka merapu. 


Bila hidup jatuh ke bawah

Kehidupan ini selalu begini, datang dan pergi, tidak terlalu lama dan begitu sekejap menyinggah.   Ketahuilah, kita manusia yang kuat dan ma...