Monday, January 11, 2021

BINTANG

Lihat bintang di langit malam.
Ribuan kilauan berkelip-kelip.
Pancaran yang buat hati kau riang.

Kita selalu mahu mencari bintang dan cahaya.
Tetapi kita selalu lupa kita adalah bintang dan cahaya itu.

Mungkin kita lupa untuk mengilap bintang dalam diri.
Sehingga ianya kelam dan berdebu.

Mungkin sudah tiba masanya untuk aku dan engkau mencari bintang sendiri.


-Roha Okane

Sunday, January 10, 2021

JELEK

Manusia penuh dengan kejelekan sendiri.
Mereka juga penuh dengan keanehan. 
Selalu dipenuhi dengan pelbagai rasa.
Menyakiti diri. Menyakiti orang seperti mereka.

Tingkah laku yang kadang-kala tidak seiring dengan percakapan.
Menidak tanduk perbuatan.
Menyalahi takdir.

Aku, manusia yang tidak pernah faham manusia.
Keanehan yang tidak pernah mati.
Melingkar diri sehingga lanjut usia.
Pusing-pusing merata jumpa manusia yang sama.
Yang berbeza cuma kulit dan muka.

Ianya mungkin tidak akan pernah mati.
Walau lelah melanda diri.

Dalam tersepit antara logikal dan persepsi.
Kadang-kala kau perlu sendiri.
Mendengar suara sendiri.
Dalam suasana sepi.

Supaya kau sendiri tahu topeng mana harus kau pakai
Untuk hari mendatang.

-Roha Okane 

Bila hidup jatuh ke bawah

Kehidupan ini selalu begini, datang dan pergi, tidak terlalu lama dan begitu sekejap menyinggah.   Ketahuilah, kita manusia yang kuat dan ma...