Friday, July 21, 2023

Membosankan

Sometimes i am wondering what would happened after we are die? Are we still living in fear like we do in  earth?. I keep wondering what is my purposes in this world? So many mistakes I made until I questioning my sanity during doing nasty things. I hope I can undo my actions and live like a normal person does. 


Why we live? if a person surrounding herself/himself with wasting actions, do they create a better life afterlife? I don't know how to narrate this, but i can not stop thinking about a human and a universe. 


Maksud aku disini adalah, kalau sepanjang hidup kau bergelumang dengan aktiviti yang tidak berfaedah, adakah kau akan gembira di waktu tua nanti? Aku assume aku hidup sampai umur 50 tahun. Sekarang, umur aku 36 tahun, masih ada baki sebanyak 14 tahun. Sepanjang 14 tahun tu, aku kena buat apa supaya aku tak melarat waktu tua nanti?


Ada orang yang sebaya dengan aku dah keliling satu dunia. Sudah merasa designer bag. Sudah berada dalam golongan T20. Adakah sampai tua nanti memang aku takdirnya tidak merasa perkara-perkara ini semua?


Dan seperkara lagi adalah IG. Sekian lama aku melawat IG, semakin aku pening dan kita seolah berlumba sesama sendiri siapa yang ada cool lifestyle atau cool items dalam rumah. Akhirnya duit dalam poket jadi RM0. Semakin lama, semakin penat. Aku masih tercari-cari tujuan sebenar platform IG ni. Sebab aku tahu surface realiti dengan bukan realiti tidak sama. Sama macam dalam filem Inception (2010) mimpi dalam mimpi dalam mimpi. Multiple layers of dreams. Sampai akhirnya kita sendiri tidak pasti mana yang real dan mana yang tidak real. 


Lagi satu, kalau semuanya sama seolah hidup kita atau style kita ni seperti "cookie cutter". Sama seperti tiada identiti sendiri. Mahu diterima orang lain lalu tidak menjadi diri sendiri. Patut la zaman sekarang ramai yang fake dan mengalami masalah tekanan jiwa. Untuk berada dalam kelompok "mereka" kita perlu menjadi seperti mereka?menyesuaikan diri supaya menjadi seperti "mereka". 


No comments:

Post a Comment

Bila hidup jatuh ke bawah

Kehidupan ini selalu begini, datang dan pergi, tidak terlalu lama dan begitu sekejap menyinggah.   Ketahuilah, kita manusia yang kuat dan ma...