Aku dah cakap kalau masuk kolej atau universiti dan grad dengan gred cukup-cukup makan memang amat membazir. Ini aku menulis dari mata aku sendiri. Orang lain aku tak pasti.
Sebabnya bila kau grad dengan gred cukup-cukup makan, maknanya kau ni kategori pelajar biasa-biasa atau pelajar yang tidak berminat dengan kos yang dia daftar. Apatah lagi kalau kau tidak bergerak aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sebagainya. Hobi pun kalau tidak menyumbang pada skill atau hobi yang tidak menjana wang yang ampuh lagi lah akan membazir usia.
Aku tertanya-tanya kehidupan aku di masa silam. Walaupun pepatah mengatakan, "elok la kamu memandang ke depan berbanding ke belakang". Tapi bagi aku, aku suka memandang ke masa silam supaya aku boleh menghubung kait titik kehidupana semasa dengan masa lalu. Kalau diikutkan, usia muda aku banyak habis untuk perkara yang tidak berfaedah seperti mengejar cinta. Waktu itu, aku selalu beranggapan tiada pasangan bermaksud sunyi dan tidak "hidup".
Sejak aku cuba menggunakan lensa yang berbeza untuk melihat kehidupan di muka bumi ini, terlalu banyak perkara yang aku terlalu ambil berat dan ambil lewa ketika aku di usia muda. Betapa jumudnya aku dan dangkal pemikiran dan selalu berfikiran seperti dunia ini berkisar tentang aku dan dunia aku sahaja.