Wednesday, April 6, 2022

TIADA TAJUK

 Aku syak manusia bekerja untuk survival. Lagi-lagi zaman covid ni. Aku tak rasa orang bekerja suka demgan kerja yang dia buat. Aku rasa boleh kira dengan jari manusia yang benar-benar suka dengan kerja yang dia lakukan. 


Aku sekarang mahu muntah sebab terlalu lama di bidang ini. July 2011 - present year, Apr; so total 10 tahun. Entah apa aku buat sepanjang 10 tahun. KWSP aku pun tak cecah RM100K apatah lagi ASB savings aku. Yang pasti hutang kad kredit dan hutang rumah kekal seperti biasa. Hutang kad yang rancak naik dengan tangan gatal yang suka tekan-tekan entah apa barang. 


Jika aku belajar 4 flat, mungkin kita boleh meneruskan impian masa sekolah kan. Alangkah bagus ada mesin masa, supaya aku boleh kembali ke zaman sekolah dan terus memaki diri supaya tidak buat perkara bodoh dan bertahan dengan segala jenis tekanan untuk berjaya. Tetapi aku lemah, mudah dibawa arus. Sesal dan kita memang tidak boleh patah kembali. 


Jadi pada hari ini, aku akan buat kerja rutin sampai rasa nak muntah dan mungkin rasa meluat dengan dunia. Tetapi manusia lain akan marah jika kita terlalu ikut arus kehidupan dan kau seolah tidak berlakon sebagai pilot kehidupan kau. Yang pasti, aku dah tak boleh go on dengan semua ini. 

No comments:

Post a Comment

Bila hidup jatuh ke bawah

Kehidupan ini selalu begini, datang dan pergi, tidak terlalu lama dan begitu sekejap menyinggah.   Ketahuilah, kita manusia yang kuat dan ma...