Monday, March 29, 2021

MENCARI TAPAK

Sudah lama kiranya aku tidak menulis, merapu dan membuang sampah dari otak.Kadang-kala kita perlukan ruang untuk bernafas, melepaskan lelah yang telah berkurang lama di peparu. Sebenarnya aku letih dan kehabisan tenaga untuk berjuang untuk hidup dan demi sesuap nasi?. 

Setiap pagi bangun pergi kerja untuk lakukan kerja yanng tidak pernah mengembirakan. Sampai bila? Mungkin aku terlalu takut untuk keluar dari kepompong selesa dan suka merungut sampai kering tekak?.

Atau mungkin sebab aku tidak memiliki tabung kecemasan yang membolehkan aku rasa tidak takut untuk keluar dari kepompong dan menikmati udara lain?.

Sekarang tahun 2021, umur pun sudah cecah 34 tahun. Entah esok atau lusa mati menjemput ku pulang ke kubur. Masih menikmati gaji B40. Tabung KWSP pun tidak pernah cecah RM100K kini. Apatah lagi ASB. Transaksi keluar laju seperti air dan transaksi masuk tidak pernah deras. Hidup umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Mungkin aku nampak seperti tidak bersyukur dengan nikmat yang ada.Lagi-lagi waktu Covid ini. Sememangnya aku mahu lari dari CS.Lelah dengan 1001 kerenah yang tidak akan pernah habis. Aku akan mengeluh sepanjang harini. 

Adakah hidup ini untuk dinikmati atau ditanggisi? Adakah kita tiada pilihan lain yang boleh dipilih seperti pilihan A,B,C dan D? Adakah hidup ini yang memiliki 1 jalan sahaja? yang perlu diikut jejak dari pengalaman orang lama?

Kepala aku mula biul bila fikir tentang itu dan ini. Lagi-lagi tentang kerja. Bagaimana cara untuk menaip sepantas kilat dan selesaikan 50 emel sehari?

LETIH. 

Di saat ini, aku rasa aku telah habiskan waktu muda ku dengan perkara yang tidak berfaedah. Kalau lah waktu muda remaja aku habiskan masa untuk membaca buku psikologi atau belajar melukis atau coding, mungkin aku dah berada dalam bidang lain. 

Realitinya, peluang pekerjaan di bidang profesional amat sedikit dan kita perlu berlumba untuk berada di dalamnya. Terlalu banyak peluang yang aku telah abaikan sekian lama yang pasti ianya tidak akan kembali. 

Waktu sekarang ada waktu yang kita ada untuk memiliki masa depan yang gemilang. Tetapi, proses ke arah itu, kadang-kala akan ada godaan yang datang dalam keadaaan kita sedar atau sebaliknya. 


NoobJourneyRohaOkane2021

Bila hidup jatuh ke bawah

Kehidupan ini selalu begini, datang dan pergi, tidak terlalu lama dan begitu sekejap menyinggah.   Ketahuilah, kita manusia yang kuat dan ma...