Ketika ini aku asyik dan ralit melihat kehidupan aku yang lalu. Menghitung kesilapan dan jalan salah yang aku pilih. Waktu itu soalan seperti “Kehidupan apa yang aku ada?”, “sisa apa lagi yang masih tinggal buat aku untuk kekal hidup?”. Sesungguhnya peristiwa itu meninggalkan azab yang nyata sehingga aku berumur 35 tahun. Aku assume aku jenis perempuan lemah kerana setakat hati dirobek-robek dengan kekasih gemuk pun boleh jatuh tersungkur. Aku tak tahu apa yang aku fikir. Exam period hanya untuk menanggis meratapi kisah hidup. *Sigh*. Sedangkan dunia di luar "bubble" aku adalah luas. Hidup ini sebenarnya panjang tapi aku memilih untuk membuat pembaziran waktu lalu menyebabkan hidup aku jadi singkat.
Age aku 24 tahun aku tak pergi pun majlis konvo sebab pointer aku ngam-ngam paras hidung. Aku terus apply kerja dengan pointer yang aku perolehi. Rasa macam aku bazir masa 4 tahun. Itu belum lagi dengan tenaga dan wang ringgit yang terbuang. Setiap masa extended sem dan ambil repeat paper. Lemah betul aku. Sepatutnya sebelum umur aku cecah 28 tahun, aku keluar dari zon kerja selesa aku as call centre agent. Aku bukan pandang rendah dengan kerja ini. Tapi, jujur aku rasakan bidang ini tidak menjanjikan career movement yang padu dan kau selalu dipandang rendah macam ni "la CS je".
Jumaat lepas, aku jumpa sekejap crush aku. Aku tengok kehidupan dia maju kedepan. Aku je yang masih di takuk yang lama. Lepas tu balik rumah menangisi kehidupan diri. Ya, sememangnya aku sangatla cemburu dengan dia.
Entah la, aku tak tahu nak buat apa dengan kehidupan aku. Rasa meluat dengan kerja hakiki pun ya jugak sekarang ni sebab stucked kat stage yang sama. Takde kenaikan atau pun ditransfer ke jabatan lain. Aku tidak la mahu mereput dengan jawatan kerja yang sama tanpa ada perkembangan sel-sel otak. Yang aku hanya nampak lemak-lemak perut je yang berkembang dengan jayanya.
Kalau aku lihat dari sudut lain, aku berangapan mungkin Tuhan beri aku masa untuk cuba belajar perkara lain. Kalau call centre kat bank (tempat kerja lama aku), kau memang tiada masa untuk diri sendiri. Celik mata terus fikir kes atau masalah pelanggan. Energy aku drained, shift rotation yang meletihkan. Aku rasa kalau aku masih dengan company lama, mungkin aku tak jadi manusia.
Kesimpulannya, aku yang bertanggungjawab dengan segala pilihan hidup yang aku ambil. Bukan orang lain, Walupun ada sesentengah perkara itu di luar bidang kuasa aku. Ya aku yang bertanggungjawab dengan pilihan dan emosi yang aku pilih.
Sekian.