Hidup ini memang selalu begini kah? mendung selalu. Hidup ini memang bergini kah? sentiasa penuh dengan penyesalan.
Banyak waktu untuk main-main dan sentiasa ambil mudah. Tidak mahu menyusahkan diri. Tidak mahu memaksa diri untuk kesenangan di kemudian hari.
Kemudian, rasa penyesalan yang semakin hari semakin berat dibawa oleh bahu. Aku rasa aku sudah tidak mampu untuk memujuk diri untuk berdamai dengan masa lalu.
Aku bukan depresi. Bukan. Aku hanya seorang manusia yang menyesali hari-hari mudanya, yang terlalu alpa dengan dunia tipu-tipu.
Kalaulah semuanya dilakukan dengan bersungguh tanpa kenal erti lelah, mungkin aku bukan ditempat sekarang. Bukan aku tidak syukur dengan sekarang, cuma hati aku kerap berdetik "kalau lah dulu aku tidak main-main", "kalau lah waktu itu aku berani dan tidak takut dengan penolakan", dan "kalau lah dulu aku tak takut untuk explore dunia seorang diri" dan perkataan kalau lah.
Aku mahu explore dunia tapi aku takut. Aku bukan risk taker sebab aku bukan muda lagi. Betul la, kehidupan ini, walau kau potong pun, akan tetap ada penyesalan.
-Roha Okane