Wednesday, March 23, 2022

LARI

Aku kadang kala selalu lari dari alam realiti. 
Layan drama atau animasi untuk keluar dari situ. 
Fikiran akan melayang ke awangan, bila melihat aktor yang kacak lagi segak.
Bukan la aku gatal. Tetapi ianya aku anggap sebagai jalan keluar dari keserabutan di minda. 

Tentang masa depan, yang masih samar dan belum pasti akan kejadiannya. 
Sama ada aku akan tertoreh sendiri atau tidak dengan takdir yang tidak dapat aku teka. 
Lagi 5 tahun sebelum umur datang ke 40 tahun. 

Kadang kala, mata merenung ke luar jendela atau memandang ke atas siling.
Berkira-kira hidup ini tentang kejahatan atau kebaikan semata. 
Kalau kebaikan, kenapa harus ada manusia yang jahat? yang rakus? ianya sama seperti Dr Jekyll & Mr.Hyde. 

Dalam diri kita, aku kira kita ada 2 personaliti; jahat dan baik. 
Kalau tidak, kenapa ada syurga dan neraka bukan?

Yang baik, mustahil tidak pernah jahat. Yang jahat, tidak mungkin tiada sekelumit kebaikan.Adakah kita terlalu cepat dan suka menilai?
Aku pun kadang-kadang begitu.

Kalau dilihat dari perspektif luar diri, yang sebenarnya, kehidupan ini adalah tentang perlumbaan. 
Berlumba untuk menjadi yang utama dan berkuasa, 
Berlumba untuk menjadi ada segalanya. 
Berlumba untuk menjadi yang .... entah kau boleh sambung sendiri aku kira. 

Perkara yang aku aneh dengan hidup ini, kehidupan kita ini seperti auto pilot. Celik mata, membanting tenaga untuk mencari rezeki di awal pagi dan kemudian balik ke rumah setelah habis waktu bekerja. 
Kitaran yang sama setiap hari. 7 hari seminggu. Mungkin sebulan dan setahun dan sampai kau pencen tiada kudrat. 

Realitinya, majoriti antara kita mahu lepas dari jaringan ini dan mahu mula jalani sesuatu yang kita idamkan sejak sekian lama. 

Tapi mungkin ada tangan halus yang menghalang, ketakutan untuk gagal, atau wang yang tidak banyak. Jadi, kita duduk saja dan mereput sambil memeluk erat impian-impian itu sampai ke kubur. Atau, kita lukis dan tulis di buku dan dilupakan begitu saja. 

Hidup seorang dewasa kadang-kadang tidak sama sekali menyeronokkan. Bukan bermakna aku tidak suka menjadi dewasa. 

-Sekian
Roha Okane adalah manusia suka merapu. 


No comments:

Post a Comment

Bila hidup jatuh ke bawah

Kehidupan ini selalu begini, datang dan pergi, tidak terlalu lama dan begitu sekejap menyinggah.   Ketahuilah, kita manusia yang kuat dan ma...