Thursday, December 31, 2020

TOKSIK

Ya. Toksik. Kau mahu marah, tapi kau tidak mampu untuk pamerkan. Takut manusia lain mengejek. Lalu, amarah itu kau pendam. Sikit-sikit sehingga ianya mula menjadi seperti lahar. Bila ada satu percikan sedikit, ianya mula berkait dan lalu menjadi rangkaian. 

Kau mula menjadi jelik dengan manusia-manusia disekeliling sehingga ada saja yang tidak kena. Minda kau mula menayangkan satu persatu episod penyumbang kepada gumpalan amarah kau. 

Simpan dan terus meledak. Meledak sehingga kau mula bermonolog "patutkah aku bunuh si polan itu? perangai tidak semenggah". Dia ingat dia sahaja yang utama?". 

Hati kau menyumpah laknat. DAN, kau berlalu pergi ke dapur mencari jajan. Ianya reda cuma seketika. Esok, lusa kau mungkin akan berhadapan dengan manusia lagi yang banyak ragam sampai kau rasa mahu tanam mereka hidup-hidup.

-Roha Okane



No comments:

Post a Comment

Bila hidup jatuh ke bawah

Kehidupan ini selalu begini, datang dan pergi, tidak terlalu lama dan begitu sekejap menyinggah.   Ketahuilah, kita manusia yang kuat dan ma...