Friday, December 11, 2020

TIADA TAJUK

Hari-hari berlalu. Rutin yang sama. Laluan yang sama. Menu yang sama. Sampai kau rasa mahu muntah. 

Terdetik di hati kau, "sampai bila?".
Kau mula bosan. Mula mencari-cari kesoronokkan. Cipta rasa sensasi. 
Mungkin dating itu perkara biasa. Kitaran bermula. Pasangan A,B,C,D,Z. 
Tiada yang kena. Tukar-tukar sehingga kau rasa muak. 

Satu hari kau tersedar sendiri bahawa ini semua adalah perkara yang merugikan. 

Kau telah membuang masa separuh dari hidup. Kau mula sesal dan fikir alangkah bagus kalau guna masa untuk perkara yang menjana profit bukan lara dan dosa. 

Dunia muda yang masing-masing tidak mahu mengalah, tidak mahu di belakang. 

Kau mula mengira berapa tahun berlalu begitu sahaja tanpa ada perubahan dalam hidup. 

Dan kau mula rasa sendu. 

Sekian.

-Roha Okane 

No comments:

Post a Comment

Bila hidup jatuh ke bawah

Kehidupan ini selalu begini, datang dan pergi, tidak terlalu lama dan begitu sekejap menyinggah.   Ketahuilah, kita manusia yang kuat dan ma...