Duduk seorang diri
Termenung merenung awan
KOSONG.GELAP.MALAP.
Usia menjengah setiap tahun
dan kau tidak boleh berhenti
Berhenti berharap.Berhenti berlari.Berhenti belajar.
KAU mula menyesali diri. Membuang masa seperti membuang usia.
Kau tahu itu semua. Tetapi kerana kau ego, kau tolak tepi semua.
Alangkah bagusnya, kalau kesilapan itu tidak meragut separuh hidupmu.
Hidup dalam kepompong. Mahu lari salah. Tidak mahu lari lagi salah.
Kitaran yang sama yang kau tempuh sepanjang usia.
Kau cuba untuk lari. Semakin kau lari, kau semakin lelah.
Lalu, kau berhenti. Kau masih dalam kitaran yang sama.
Adakah hidup ini hanya berlumba-lumba? diukur dengan pencapaian fizikal? pekerjaan profesional? kereta? rumah?
Aku semakin muak dan tepu. Bacaan demi bacaan. Otak ini selalu sahaja berbalah sesama sendiri A dan B.
Kitaran hidup ini sama. Soalan yang sama ku ajukan pada diri. Sama seperti 9 tahun lalu. SEPI dan MOTIF. TUJUAN hidup.
Hidup ini sebenarnya bukan kompleks tetapi aku dan kau memilih pilihan itu dan kita masing-masing rasa lemas dan terhimpit. Terhimpit sehingga tua. Gigi Ronggak.
-Roha Okane
No comments:
Post a Comment