Friday, April 2, 2021

SABTU

Sabtu, 
Waktu makin suntuk
Nafas makin laju
Degupan makin kencang

Kau makin jauh dari Tuhan sedikit demi sedikit
Alpa dan lalai
Utamanya pada dunia
Yang bikin kepala pusing

Kad dileret hari-hari
Umpama tiada penghujung
Lajur makin panjang
Dan kau mula garu kepala

Hilang tali untuk mengawal diri dan juga hidup 
Makin hilang rasa sensasi
Makin hilang rasa seronok
Apa erti semua?

Duit umpama tiada makna
Keseronokan hidup makin menghilang
Kini kau telah sibuk
Dan kau menangisi waktu lapang yang dahulu
Hamba pada kerja
Buat kau lemas
Tengelam dalam lumpur
Tangan melambai mohon bantuan
Tiada siapa yang lihat
Keserabutan melingkar
Kau mahu keluar segera
Tapi kaki diikat dengan liabiliti yang tidak bernoktah
Sisa apa yang masih tinggal?
Kau tidak mengerti
Kitaran berulang 24 jam, 7 hari, lagi dan lagi

Mencari keseimbangan

-Roha Okane

No comments:

Post a Comment

Bila hidup jatuh ke bawah

Kehidupan ini selalu begini, datang dan pergi, tidak terlalu lama dan begitu sekejap menyinggah.   Ketahuilah, kita manusia yang kuat dan ma...