Sebuah hati yang sedang remuk. Remuk dengan pelbagai ragam manusia sekeliling, kerja, kawan kerja, kawan rumah. Entah sampai bila akan berakhir.
Secara amnya, tiada yang sempurna atau kekal sempurna atau kekal tidak sempurna. Perubahan yang diperlukan. Aku lelah. Mahu rebel jadi salah, mahu senyap jadi parah.
"Kau perlu luahkan semuanya, semuanya di dada supaya kau rasa lega". Masalahnya, tiada yang akan mahu mendengar. Jika ada pun, baca sambil lalu sambil berpeluk tubuh.
Patut kah aku hilang sementara?
Mungkin, aku perlu hadap benda ini semua sampai aku resign? sebab tiada yang sempurna di muka bumi ini ye tak?
-Roha Okane
No comments:
Post a Comment